SILA KLIK GAMBAR DI BAWAH UNTUK KE WEB BARU SKBC

Sila lawat laman baru, klik atas gambar..

Ahad, 25 April 2010

Mesyuarat Agung PIBG 2010



Mesyuarat Agong PIBG bagi tahun ini telah diadakan pada 24hb. April 2010 bertempat di kantin SKBC. Sejak pagi - pagi lagi ramai ibu bapa menghadirkan diri. Jumlah kehadiran amat memberangsangkan dengan lebih 100 orang ibubapa meluangkan masa bersama. Majlis ini telah dirasmikan oleh wakil PPD iaitu Ustaz Nasir seorang pegawai PPD Kuala Terengganu. Majlis ini juga diserikan oleh persembahan Coral Speaking oleh murid - murid SKBC. Acara penyampaian hadiah juga diadakan bagi pelajar - pelajar cemerlang UPSR 2009.


Selasa, 20 April 2010

Pasukan Hoki SKBC sekadar naib johan...


Bertempat di SM Teknik Kuala Terengganu, pasukan hoki perempuan SKBC telah sekali lagi layak ke perlawanan akhir MSSM KTU buat kali kelapan berturut - turut. Perlawanan itu menemukan SKBC dengan SK Pulau Bahagia. Dalam perlawanan itu SKBC telah menyerang habis - habisan manakala SK Pulau Bahagia telah bertahan bertungkus lumus. Namun begitu pemain SKBC gagal menjaring sebarang gol. Ini menyebabkan keputusan perlawanan terpaksa ditentukan dengan pukulan penalti flik. Akhirnya SKBC terpaksa berputih mata apabila lawannya berjaya menjaringkan gol pada penentuan Sudden Death. Guru Besar SKBC telah sudi menyampaikan pingat kepada para pemenang.

Pasukan Bola Jaring SKBC juara lagi..

Syabas kepada pemain dan jurulatih bola jaring SKBC kerana berjaya mengekalkan kejuaraan buat kali ketiga berturut - turut. Pertandingan peringkat MSSMktu telah diadakan di padang SK Banggol Peradung. Pada peringkat kumpulan SKBC telah memenangi semua perlawanan peringkat awal seterusnya menjadi johan kumpulan. Pada peringkat separuh akhir SKBC telah bertemu SK Batu Rakit. Dalam perlawanan yang sengit itu SKBC telah berjaya memenangi perlawanan itu hanya dengan kelebihan satu gol. Pada perlawanan akhir SKBC tidak menghadapi banyak masalah untuk mencatat kemenangan dan seterusnya menjadi juara sesi 2010.

Sambutan Maulidur Rasul


Pada 3.3. 2010 yang lalu telah berlangsung Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah. Sebahagian besar murid yang berpakaian baju kurung Melayu telah turut menyertai perarakan. Perarakan berjalan dengan begitu meriah dengan sepanduk - sepanduk yang disiapkan oleh setiap kelas. Perjalanan sejauh 1.2 km itu diselangi dengan selawat ke atas rasul.

Ahad, 4 April 2010

Majlis Perpisahan Kak Mah, Cg. Zarina dan Cg. Rosimawati




Satu majlis perpisahan sempena persaraan Kak Mah atau nama penuhnya Rahimah bt Abd Rani selaku kerani sekolah SKBC telah diadakan. Majlis diadakan bagi menghargai jasa dan pengorbanan beliau selama menjawat tugas di SKBC. Beliau telah mula bertugas sejak 1.9.1976 di beberapa buah sekolah iaitu bermula di SK Tok Jiring (1976-1978), SK Maras (1978-1981), SK Bukit Wan (1981-2001). Seterusnya menamatkan perkhidmatan di SKBC setelah 9 tahun berkhidmat dari tahun 2001 sehingga 2010. Sepanjang perkhidmatan, beliau merupakan seorang penjawat awam yang penuh berdedikasi, cekap dan mesra dengan semua staf dan kakitangan. Kami warga SKBC tidak akan melupakan jasa beliau. Semoga kak Mah akan dapat berehat dengan selesa setelah tidak perlu lagi memeningkan kepala untuk mengurus pelbagai surat dan fail. Serentak dengan jamuan perpisahan Kak Mah SKBC juga meraikan dua orang guru SKBC yang telah bertukar sekolah iaitu Cg. Zarina dan Cg. Rohimawati. Mereka telah bertukar ke SK Batu Rakit dan SK Kompleks Mengabang Telipot. Semoga mereka tidak melupakan SKBC. Selamat bertugas.

Jumaat, 26 Februari 2010

Pertandingan Bercerita Sempena Bulan Bahasa Melayu SKBC



Bertempat di bawah rimbunan pepohon yang melatari SKBC telah berlangsung pertandingan Bercerita Bahasa Melayu yang dianjurkan oleh Persatuan Bahasa Melayu dengan kerjasama Panitia Bahasa Melayu. Pertandingan tersebut telah diadakan pada 23hb. Feb 2010 tepat pada pukul 1.20 petang. Objektif pertandingan antaranya adalah untuk memilih peserta bagi mewakili sekolah ke pertandingan peringkat Kuala Terengganu Utara.

Jumaat, 19 Februari 2010

Kejohanan Sukantara SKBC 2010


Pada hari Selasa 16.2.2010 dan Rabu 17.2.2010 telah berlangsung Kejohanan Sukantara antara Rumah. Acara yang dipertandingkan ialah acara lumba lari 100m, lontar peluru, lompat tinggi dan lompat jauh. Pertandingan ini disertai oleh semua murid Tahun 3 hingga Tahun 6. Mata untuk rumah dikira berdasarkan mata yang berjaya dipungut oleh setiap peserta. Bagaimanapun objektif utama kejohanan ini diadakan adalah untuk memilih peserta yang akan mewakili sekolah ke Kejohanan MSSM Kuala Terengganu Utara yang akan berlangsung tidak berapa lama lagi. Diharapkan dari kejohanan ini akan dapat mencungkil bakat - bakat baru bagi mendapat pencapaian tempat ke empat keseluruhan di kejohanan MSSM KTU 2009. SKBC juga telah mencatat sejarah berjaya mengondol Olahragawati Terbaik melalui Nur Syafiqah di kejohanan tersebut.